Keranamu...| Thanesh

Bookmark and Share
Keranamu
Thanesh

keranamu,wahai teman,
ku kenal erti hidup
keranamu,ku kenal erti kasih,
keranamu, ku kenal erti sayang,
keranamu, ku sanggup mengubah diriku,
demi kebahagiaanmu,
keranamu,ku kenal nilai teman dalam hidupku,
namun kini segalanya pudar dalam pandaganku,
ku merindui saat itu,
tapi apakan dayaku mengheret masa yang berlalu,
buat pertama kali,
keranamu ku titiskan air mata,
seiring darah kesengsaraan yang menusuk kalbu,
keranamu,tidurku tidak nyenyak,
mimpi manis yang menghiasi tidurku semakin hari semakin malap,
jiwaku pedih bagai ditikam sembilu,
hatiku meronta menahan seksaan ini,
ku tidak mengerti kehendak naluri ini,
namun jika diizinkan,
kan ku pinta padaNYA
sedekad lagi untukku bersamammu,
kerana keperitan ini menguatkan lagi kasihku padamu....


{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar